Tuesday, June 8, 2010

Tayar kereta botak




Salam.

Sy adalah bekas pelajar IPTA di KL & IPTS di Ipoh sekitar tahun 1999 - 2003. Sewaktu sy belajar, hampir semua kwn2 sy memiliki paling tidak motosikal Honda EX5 ataupun Modenass Kriss. Mana yg mahu "glamer", pakai skuter VS125 yg ada sistem audio yg diubah suai seolah-olah menjadi disko bergerak. Manakala pelajar perempuan pula sebahagiannya membawa kereta ke kampus dan sudah tentu ada penumpang setia. Saya? Sy hanya menaiki bas Intrakota & bas Kinta utk ke kampus. Sekali sekala sy pinjam kereta kancil emak sy itupun sbb nak bawa " multimedia artwork" yg besar.

Hari berganti hari.

Kwn2 sy mula menempuh alam pekerjaan, keadaan kewangan semakin stabil & mula membina keluarga. Tuntutan hidup mula dirasai satu persatu. Dari bujang akan mula berkeluarga, mempunyai anak2 yg comel membesar mengenal dunia. Dulu hanya bermotosikal yg memerlukan rm3-rm5 utk satu tank penuh minyak, tapi skrg mahu isi minyak rm10 proton Waja 1.6 pun segan2. Kereta seakan menjadi keperluan dari kehendak, sy tidak menafikan kepentingan memiliki kereta, tapi lihatlah kemampuan diri dahulu. Kita perlu tahu apakah kos2 yg akan bakal kita tanggung nanti spt:-

1.Ansuran bulanan
2.Tukar minyak hitam
3.Perbahurui cukai jalan & insuran
4.Tukar tayar
5.Excident
6.Lain2

Sy tidak mencadangkan kereta jenis apa yg mampu menjimat kos dlm blog sy ni. Sy yakin anda lebih bijak memilih. Apa yg saya nasihatkan ialah beli kereta ikut kemampuan kewangan anda. Pilih bank & jumlah ansuran yg anda mampu mengikut jadual bayaran balik ansuran. Anggaran kos ansuran sebulan RM500 adalah paling bagus pd mereka yg mempunyai gaji RM2,000 sebulan.


6 bulan sudah mampu!

Ada seorang rakan sy telah 6 bulan memasuki dunia perniagaan insuran bersama Prudential. Dalam masa 6 bulan beliau sudah mampu membeli sebuah kereta Proton Persona sejak mendapat kod ejen pada awal Disember 2009. Ringkasnya dia berkata pd saya sebegini. "Aku jaga baik2 dan beri khidmat nasihat pd 20org client aku, so mereka bantu aku pula bayar ansuran bulanan kereta aku". Sy faham apa yg kwn sy katakan sbb dia adalah ketua sy yg membawa sy ke dunia perniagaan insuran. Skrg ni sy bekerja keras utk merealisasikan impian sy. Impian sy bukan mahu membeli kereta baru tp mahu membeli sebuah apartment di Bangi.

Sy harap tayar kereta kita semua tak botak, klu botak pastikan kita cepat ganti sbb sy ramai yg nasihatkan sy, klu tayar botak nnti excident terus total loss! Tayar Yokohama sebiji RM200++, dlm masa 2 tahun sekali kene tukar atau lebih awal!

Informasi Alternatif